Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Friday 11 March 2016

Don't Quit

"When tings go wrong, as they sometimes will,
when the road you're trudging seems all uphill,
when the funds are low and the debts are high,
And you want to smile but you have to sigh.
When all is pressing you down a bit
Rest if you must,but don't you quit.
Success is failure turned inside out,
The silver tint in the clouds of doubt,
and you can never tell how close you are,
it may be near when it seems far.

So stick to the fight when you're hardest hit-
It's when things go wrong that you must not quit."

                                -John Greenleaf Whittier-

Wednesday 9 March 2016

follow the flow

assalamualaikum buat yang menyinggah ke belog secara sengaja ataupun tidak ,semoga sentiasa dirahmatiNya, sedar tak sedar alhamdulillah sekarang aku dah last semester dalam pengajian untuk segulung ijazah ,moga dipermudahkan dilancarkan urusan oleh Yang Maha Esa. semoga aku terus kuat terus tabah melangkah ke hadapan dengan izinNya insyaAllah. Dugaan ranjau kehidupan tak dapat aku elak kerana manusia sentiasa diuji. Perjalanan hidup yang masih lagi kabur ,aku manusia biasa yang hanya mengikut langkah dan semoga setiap langkah aku diterangi cahaya yang setiap hamba kepada pencipta dambakan. sekarang boleh cakap kepala tengah berselirat,banyak benda fikir sampai kadang kadang badan ,otak penat tapi tidur tak lena. final year project yang takkan habis selagi tak habis semester hahaha dan rasa mental bila  asyik kena reject je result dengan supervisor,dengan sakit sampai berminggu minggu,kena tahan dalam wad bagai sebab infection,paperwork silat lagi ,koscem nanti boleh bayang dah kalut tu cemana sebab satu patah pun tak prepare! serabut dengan programming nya ,mathematica lagi taktau nak cakap cemana kalau Allah tak hantar beberapa orang yang sanggup susah payah tolong aku,taktau lah berserabut hidup aku tu tahap cipan kuasa berapa hahahaha. alhamdulillah lega sikit rasa pressure tu bila ada mereka yang ikhlas tolong,hmm lagi satu pressure nak tulis thesis takyah ceta lah tak sanggup nak ceta . ok nanti sambung lagi ya stalker sekalian ,aku nak tidur dah bye ;)

p/s : semoga kalian terus tabah dalam menempuhi liku liku kehidupan ;)

Sunday 25 October 2015

soal rasa

tiba tiba teringat belog kesayangan ,saat aku menyepi tak mencoret  banyak benda yang berlaku cuma tak terluang masa untuk bercerita. sedar atau tak,aku sekarang pelajar tahun akhir dan aku cuma mampu berdoa semoga dipermudahkan saat saat getir nak menghampiri penghujung sebagai pelajar, dengan izinNya . aku nak jadi hambaNya yang bersyukur sebab aku percaya semua yang aku lalui sekarang bersebab dan kau takkan belajar kalau tak diuji ,takkan berjaya kalau tak pernah gagal .percaya ketentuanNya dan kau mampu senyum selagi hidup kau cuma bergantung pada cinta paling Agung. Alhamdulillah , aku bersyukur aku dipilih untuk mengenal apa itu hidup,hidup penuh dengan rasa,rasa yang kau tak mampu nak bercerita pada manusia yang tak merasai,rasa sakit ,perit,tenang ,lapang dan cinta. kau akan kenal apa itu rasa saat kau jua merasainya. aku menulis apa kata hati ,aku menulis jujur apa yang ada dalam hati. manusia yang tak pernah merasai akan merasakan setiap bait bait tulisan itu sesuatu yang menjengkelkan .aku tak peduli apa kata manusia seperti ini sebab lumrah manusia menilai dari luaran .kau takkan faham selagi kau tak diuji untuk merasai. kepada kisah lampau,aku belajar memahami erti hidup .aku cuma berharap kau juga akan dipilih untuk diuji agar kau mengenal erti hidup.kepada kisah hadapan aku insan biasa yang sentiasa berharap bahagia akan menanti. kepada kisah sekarang ,aku bersyukur terima kasih ya Allah ,lindungi mereka yang aku sayang dan cinta,rahmati mereka jagakan mereka untukku .


sunday
3:18 pm
25/10/2015

Wednesday 27 May 2015

fasilitator .

bloggers busy sangat sampai belog berhabuk, pepagi buta ni dah satu pagi terasa nak meng update. ikut saja rentak jari jemari nak menaip. first buat keje part time , of course pengalaman yang tak semua orang dapat , ada cakap 'aku salute dengan kau ' hmm aku pun tataw apa yang nak dibanggakan dengan diri aku tapi aku cuba untuk bangun untuk tabah sebab dugaan yang datang bersebab, second mata aku hilang spek yang simpan banyak kenangan serious tak boleh nak move on, tapi dah kau nak hilang aku nak buat cemana kan ? sebab apa kau hilang,sebab aku cuai yes cuai. okay back to entry post nak cakap tak boleh nak move on tengok balik gambar masa jadi fasilitator untuk adik adik dari smk batu baung :') tiga hari bersama mereka bagi kata kata semangat walaupun aku sendiri rasa sedih rasa pilu mampu ke aku nanti jadi seorang graduan universiti yang berkualiti? tapi siapa kita cuma manusia yang mampu merancang tapi segala galanya dah pun tertulis. nak dijadikan cerita seriously terkejut tengok myscd untuk program ni aku jadi fasi je pun dengan erti kata lain peserta sebab gilakan myscd . terima kasih bermurah hati rakan muda usm sebab kasi aku 12 mata sebagai ajk tertinggi, *bila masa aku jadi ajk hahaha pelik bin ajaib * then biarkan gambar berbicara :')






 caption * muka eksaited second year baru masuk muzium usm*
waaaaaa dinosour !














terima kasih untuk memori terindah akan ku abadikan dalam ingatan .
maaf ayat tak cukup bombastik -_- 
selamat pagi dunia !

Monday 27 April 2015

Childhood ..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah t'jadi. :')

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil  lagi
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
    tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi   kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28. Main bingo,main titik titik ,main xoxo dalam kelas.
29. Tangkap belalang pastu pi cabut kepak dia taknak bagi dia lompat lagi ( aku kejam sangat kenapa dulu huwaaaaa)
30. Main rebut rebut tiang. main baling selipar, main bola beracun,panjat pokok makan buah atas pokok.


I want my childhood back :') deep crying inside .

Sunday 29 March 2015

deep ^^

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Alhamdulillah :)

Kita hidup digunung, merindukan pantai.
 Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan?
 Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar.
 Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian.
Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah.
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak.
 Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada,
tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin