Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Sunday 29 March 2015

deep ^^

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Alhamdulillah :)

Kita hidup digunung, merindukan pantai.
 Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan?
 Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar.
 Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian.
Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah.
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak.
 Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada,
tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

Thursday 12 March 2015

cry again.

Hati ini terlalu rapuh ,goyah dan lemah,,banyak benda berlaku di luar jangkaan tanpa kita sangka tanpa sedar dan semua yang berlaku atas kehendakNya, aku balik kelantan malam 3 mac setelah puas pujuk parents aku yang aku tetap nak balik,tak tenang aku kalau nak berdiam diri jee,aku tahu mereka perlukan aku sangat sangat,so aku nak ada disamping mak aku ,abah call kata mak aku dah demam tiga hari lepastu takleh bangun sakit dalam perut, pegi klinik tak komfom lagi sakit apa tapi dapat arahan kena pegi hospital,, cemas nya aku masa tu asyik call ma abah tanya apa jadi..then mak aku call kata ada ketumbuhan dalam perut so terpaksa dibedah ,perasaan masa tu sedih gilaaa yala aku dengar mak aku nangis ,, dalam fikiran masa tu nak balik je.malam 2 mac tu aku dapat dua berita sedih ,first pasal mak aku masuk hospital ,aku nangis tahap apa nasib baik tak banjir bilik aku hihi.second aku cuma sedih kecewa ngn someone ,dia rapat ngan aku dulu okay dia kawan yang baik at that time so aku rasa aku ada someone yang leh share apa masalah aku ,aku stress ka apa ,tapi aku dibelenggu tanda tanya kenapa dia tiba tiba berubah? secepat itu dan aku taktaw aku salah apa, tapi dah jauh sangat dah sekarang sokayy aku diam ja tapi akhirnya terbongkar sendiri persoalan yang sememangnya jadi tanda tanya , walaupun rasa kecewa teramat tak tipu tapi takpa la aku siapa kan nak bersuara nak tanya kenapa dia berubah ,aku takda hak nak paksa orang untuk stay dengan aku. okay lupakan...yang pasti setiap persoalan ada jawapan sama ada cepat ataupun lambat dan sebagai manusia aku penuh dengan kekurangan . konklusinya di sini aku akan hargai sesiapa yang kawan dengan aku setia jadi pendengar yang baik ,yang ley terima baik buruk aku , yang sentiasa ada untuk aku .

aku sampai terminal bas kat tesco kota bharu dalam pukul 4 pagi macam tu la terus pegi hospital tengok mak ,hati sayu tengok mak aku walaupun rasa mengantuk teramat tapi digagahkan mata jugak , dalam bas tadi sempat tidur kejap je sebab pakcik bas tumpangkan penumpang bas lain yang rosak so aku kena duduk depan sekali tepi driver bas ,huwaaa dia borak ngan aku tak kasi chance aku nak tidur ,tapi takpa la tak sampai hati pulak kan tak layan dia borak ,

masa aku sampai tu ,mak aku dah selamat operate buang ketumbuhan dalam perut ,berat parasit tu 3 kilo,terkejut tengok gambar abah tunjuk ,doctor kata benda tu amik masa 10 tahun nak jadi besar cenggitu tapi tulah kan kuasa Allah mak aku selama ni tak rasa sakit pun,,dia sakit beberapa hari sebelum tu abah kata tu pun kalau tak paksa memang degil lah taknak pegi hospital..alhamdulillah selamat operate syukur sangat,,sampai wad mawar aku kucup tangan mak aku dan tahan air mata jangan kuar weh pleaseee ,,, ma cakap " tidur lah kak ica ,amik kerusi tu baring ,baru sampai kan" ,, aku mula mula cakap takpa laa nak jaga ma,last aku tersungkur jugak situ sedar sedar nurse datang nak rawat mak aku,hahaha. dua hari dua malam jugak aku stay hospital jaga mak aku, aku bosan gak la so aku tolong pesakit sebelah katil nama nadia girl 21 y/o ,depan katil lak makcik yang baru lepas operate tumor luar rahim *ada baby dalam rahim dia ,nasib baik operate tak da pape jadi kat baby* sebab kesian sangat tengok pesakit yang terbaring pelawat xdatang lagi diorang nak gerak pun sakit , so yang mana aku boleh tolong aku tolong mana yang patut,, :)

 ada satu pagi ni aku bukak makanan apa yang ada dalam bekas nurse sediakan, ingat dalam termos air milo ka apa,sekali bau air nescafe hahaha nasib ahh terus aku rasa pening tapi aku buat derk je sebab aku takleh sakit ,aku kan nak jaga mak aku , masa lunch aku suapkan bubur nasi kat mak aku,aku rilek sebelah katil baca majalah ,mak aku kata pegi lah mandi segar siket badan,,so aku macam biasa lah take time lama siket dalam bilik air sebab tu bagi settle mak aku tidur baru aku pegi mandi,lepas mandi tu rasa cam pening sangat,berat nya kepala aku ni.mak aku perasan then dia suh aku tidur sekatil ngan dia,mula mula aku kata takpa laaa tapi lepas mak aku kata takpa la meh tidur atas katil rest , so aku tidur mengiring peluk sweater ,mindset kata tidur statik pleaseee asha ,,sian ma nanti .akhirnya mindset mengikut apa kata hati then aku tidur tak sedar apa dah, sedar sebab abah adik adik datang waktu melawat masa tu.. abah tengok aku macam penat sangat dia kataa ,mak aku lak ceta semua orang hat datang melawat termasuk nurse doktor tengok kat aku hahaha ,nurse tanya aku kenapa ,mak aku jawab dia pening ni .hahahaha , abah suh aku balik rest kat umah esok datang lagi so aku ikut ja sebab masa tu medulla oblongata aku cam tak leh fikir apa dah , migrain aku datang dah tapi aku buat rilek jaa ,borak ngan abah cam biasa padahal duk menahan sakit .*taknak kasi abah perasan * tapi aku rasa abah perasan kut .hehe

aku sampai umah ja terkejut wehh ,omai awat sepah sangat ni.hahaha abah kata memang tak sempat kemas apa pun,adik aku dua orang tu lelaki *paham jela dak laki ni bukan pandai nak kemas umah ni* adik aku hat bongsu tu demam dah banyak hari. so aku balik aku kemas apa yang patut ,abah kata "baru nampak umah kak ica balik" hahaha..esok nya tu abah kata nak p amik ma ,ma dah boleh kuar wad,, alhamdulillah takyah ulang alik pegi hospital dah,so ma balik umah senang aku nak jaga ma,urus adik adik , buat keje umah masak apa semua,, aku lega abah yang tak selera makan nasi banyak hari ley habiskan makanan hat aku masak ,abah puji kata sedap aku masak ,kehkehkeh lega sket dengar abah kata macam tu,tengok adik adik pun selera makan ,hehe walaupun aku masak simple ja,aku mana expert lagi kayy ,mak aku kata nanti aku dah jadi tunang orang dia akan turunkan semua ilmu dia kat aku :p  penat aku tak terasa asalkan aku ley jaga mak aku ,abah adik adik. mak aku kata terima kasih kak ica sanggup balik jaga ma,perfect dah kak ica jaga ma., aku dengar mak aku kata macam tu terkedu, nak cakap *ma, jangan cakap terima kasih ,ma abah jaga kak ica dari kecik sampai sekarang,so kak ica kena la jaga ma pulak * tapi tak terkata masa tu speechless sangat aku senyum ja, masa nak balik penang dah ,aku cuma mampu nasihat jaga diri makan ubat biar cepat sihat ,:)

aku bahagia kalau dapat tengok senyuman di wajah parents aku tiap hari, aku cuma mampu berdoa agar aku dipanjangkan usia melihat dunia untuk jaga ma abah waktu mereka perlukan aku ,semoga ma cepat sembuh sentiasa kuat ,kak ica sayang ma abah ;')

*the past part 4 will be update later, asha marlisa not in right mood kehkehkeh otak berselirat hadap report ;p * k byeeeeee

Sunday 1 March 2015

the past part 3

Hyeee nak sambung balik ceta aku yang bersiri ni hahahaha, okay aku nak sambung balik apa jadi bila aku pindah sekolah menengah kat kelantan,, masa aku pindah kelantan ,aku sekolah kat area umah gak ,masa tu form 2 lagi tapi dah nak dekat akhir tahun dah , smk ketereh ..masa mula mula abah bawak aku p jumpa pk hem seingat aku nak masuk kelas, pk hem tengok aku punya rekod akademik sekolah lama , dia kata aku punya rekod okayy cuma aku masuk dah nak akhir tahun so xda kosong kat kelas first , kau nak tahu aku dapat kelas apa ? dia pi letak aku kat kelas second last ,kelas yang ketujuh tak silap daripada lapan kelas ,siyess kecewa gilaa aku ,pastu aku tanya abah aku ,terok ke result aku kat sekolah lama ? * takleh terima hakikat weh* hahaha . dengan berat hati aku pasrah jelaa ,pasrahh sangat nak gila aku hari first aku rasa nak tumbuk orang ja . masa aku masuk kelas apa dah aku lupaa aku diam ja , sepatah tanya sepatah jawab ,,sebab apa? sebab aku rasa aku bukan ada kat kelas kat sekolah at that time ,aku rasa aku duk dekat zoo hahahaha mak aihh memang rasa nak lempang orang tapi aku tak mengamuk aku sabar ja ,

yang paling aku panas hati ada sorang dak laki ni ya ampunn nakal nak mampuih ,dia tak puas hati apa dah ngan aku dia main tarik tarik tudung , bukan dia buat kat aku ja ,dak pompuan lain pun kena, aku  mula mula diam lagi sekali aku mengamuk tengking dia terus dia tak kacau aku hahaha .lepas tu aku jaga jaga takut dia tak puas hati nak buli aku pakai cara lain tapi dia tak kacau dah ,dia pi kacau dak pompuan lain sebab yang lain mana berani lawan dia so kebanyakan buat derk je. aku nak buat derk memang tak la ,satgi naik rekod disiplin nama aku dak baru first kelas tumbuk orang taktahu aku ,hahaha tapi naseb baik rekod bersih lagi .lepastu aku perasaan tiap kali cikgu mustaqim,cikgu sejarah masuk semua tidur ,laki ka pompuan sama ja,aku memang aneh gila la masa tu,zon apa aku sekarang ni ,hahaha lepastu aku tanya dak pompuan sape tah nama dia aku lupa ,korang memang camni eh? yala tak suka at least hormat lah siket ,ni cikgu mengajar selamba badak tidur . dia jawab haah semua macam ni, pastu aku tanya exam sejarah dapat gred apa,dia jawab lagi ada yang lulus ada yang tak. hadoyai aku nak kasi ceramah ja masa tu tapi diam ja, aku rasa cikgu mustaqim ni dia dah taw student dalam kelas tu macam mana so dia ngajar ja maybe dia tak perasan aku ,masa tu aku punya meja belakang sekali.tu la kalau cikgu tak tegas tak garang student pijak kepala macam tu ,,

lepastu exam akhir tahun, tetiba rasa femes sat cikgu mustaqim yang selama ni tak perasan ada dak baru dalam kelas dia mai cari aku sebab terkejut kot i'm the only one score A subjek dia masa tu hahahaha,masa dia p cari aku xdak dalam kelas yala tengah waktu rehat aku pi jalan laa .aku balik kelas ja semua kecoh kata cikgu mustaqim cari. aku pi cari dia balik dia tanya sejak bila awak masuk kelas tu? *garu kepala * hahaha hadeyyy lepastu dia kata tahniah aku jawab terima kasih ja walau pun aku blur tahniah kenapa? masa dapat buku rekod so leh taw result dapat nombor berapa aku masa tu happy gilaaa dapat kelas first form 3 nanti ,siapa tak happy finally aku keluar dari kepompong tak selesa hat aku rasa cam nak gilaaa duk kelas tuu..so masa form 3 aku nak terbiasa duk kelas first ni susah gak la yalaa selalu dak bijak ni sombong kann hahaha tapi tu aku rasa masa mula mula masuk la sebelum nak ngam ngan semua orang, masa aku masuk sekolah tu kawan kelas lama aku kata kelas first ngn second ni biasa dak strainght A upsr ,aku masa upsr biasa biasa jaa .so bila duk kelas first nak fight dapat nombor satu tu susah la.. hahahaha.

masa form 3 aku apply mintak pengawas lagi,tapi tak dapat sebab masa tu cikgu disiplin perghh garang gila,cikgu su . nak dijadikan ceta cg su ni mengajar bm masa aku form 4 ,form 5 .aku pause dulu pasal kenangan ngn cg sue .so masa tu aku tak dapat jadi pengawas ,aku kata takpa la bila lagi nak pakai baju putih tudung putih ,dulu pakai biru masa sekolah lama. dulu dak laki kelas sebelah lagi suka kacau aku,sebab dia perasaan aku baru masuk kelas tu ,aku pulak duk tepi tingkap ,ada je dia buat bila lalu kelas aku.aku masa tu sombong gak laa. malas nak layan .. tapi stress gak laa hahaha nama dia jeril .ada satu hari ni aku lupa bawak buku yang teacher suh so aku kena denda pi pusing pokok kat depan kelas aku,malu gila merah muka aku .hahaha padan muka sape suh tertinggal buku,yang aku bengang nya jeril ni dia punya gelak tahap cacing kena bakaq tengok aku kena denda   kureng asem betol sabar je la nasib baik teacher aku ada kat situ kalau tak aku nak patah kan dahan pokok lempar kat dia ,sakit hati weh.



yang ni satu satu nya gambar yang aku ada masa aku form 3.hahaha 
pokok yang aku kena pusing tu masa kena denda kat sebelah aku tu je haa :p


masa form 3 aku rapat ngan kimah ,dia dak baru dari keyyel pindah kat sekolah aku ,dia duk sebelah aku masa tu,dia pandai lukis penah la dia kasi sketch yang dia lukis ,aku masa tu woahhhh cantik gila dia lukis,tapi skung aku taktaw dia apa ceta , dak laki entah xrapat pun so xdak gambar ngn depa.. aku ingat masa tu selain kimah aku rapat ngan mekye ,ain ,didi, kamal, si kamal ngan ain suka gaduh ,mekye jadi stress sebab tepi meja ain meja mekye,sebelah meja mekye meja kamal, hahaha lawak diorang ni aku pun pening kadang kadang.dulu aku ,mekye kamal rapat sebab umah dekat dekat so selalu study group sama sama,petang lepas study kitorang gilir main badminton lawan tapi aku tak pernah menang kahkahkah sebab si kamal ni terror main *saudara mara anak anak sidek kut* stress gila aku main ngan dia asyik aku kena pi kutip apa dah bulu tangkis tu haaa.. -_-


so lepas exam, dapat result aku bersyukur la apa yang dapat walaupun tak score straight A, so aku dapat form 4 kelas sains ,kelas 4 alfa ,,kelas first . so masa form 4 ngn form 5 nanti aku sambung balik kayy ;)

bersambung lagi .....