Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Sunday 25 October 2015

soal rasa

tiba tiba teringat belog kesayangan ,saat aku menyepi tak mencoret  banyak benda yang berlaku cuma tak terluang masa untuk bercerita. sedar atau tak,aku sekarang pelajar tahun akhir dan aku cuma mampu berdoa semoga dipermudahkan saat saat getir nak menghampiri penghujung sebagai pelajar, dengan izinNya . aku nak jadi hambaNya yang bersyukur sebab aku percaya semua yang aku lalui sekarang bersebab dan kau takkan belajar kalau tak diuji ,takkan berjaya kalau tak pernah gagal .percaya ketentuanNya dan kau mampu senyum selagi hidup kau cuma bergantung pada cinta paling Agung. Alhamdulillah , aku bersyukur aku dipilih untuk mengenal apa itu hidup,hidup penuh dengan rasa,rasa yang kau tak mampu nak bercerita pada manusia yang tak merasai,rasa sakit ,perit,tenang ,lapang dan cinta. kau akan kenal apa itu rasa saat kau jua merasainya. aku menulis apa kata hati ,aku menulis jujur apa yang ada dalam hati. manusia yang tak pernah merasai akan merasakan setiap bait bait tulisan itu sesuatu yang menjengkelkan .aku tak peduli apa kata manusia seperti ini sebab lumrah manusia menilai dari luaran .kau takkan faham selagi kau tak diuji untuk merasai. kepada kisah lampau,aku belajar memahami erti hidup .aku cuma berharap kau juga akan dipilih untuk diuji agar kau mengenal erti hidup.kepada kisah hadapan aku insan biasa yang sentiasa berharap bahagia akan menanti. kepada kisah sekarang ,aku bersyukur terima kasih ya Allah ,lindungi mereka yang aku sayang dan cinta,rahmati mereka jagakan mereka untukku .


sunday
3:18 pm
25/10/2015

Wednesday 27 May 2015

fasilitator .

bloggers busy sangat sampai belog berhabuk, pepagi buta ni dah satu pagi terasa nak meng update. ikut saja rentak jari jemari nak menaip. first buat keje part time , of course pengalaman yang tak semua orang dapat , ada cakap 'aku salute dengan kau ' hmm aku pun tataw apa yang nak dibanggakan dengan diri aku tapi aku cuba untuk bangun untuk tabah sebab dugaan yang datang bersebab, second mata aku hilang spek yang simpan banyak kenangan serious tak boleh nak move on, tapi dah kau nak hilang aku nak buat cemana kan ? sebab apa kau hilang,sebab aku cuai yes cuai. okay back to entry post nak cakap tak boleh nak move on tengok balik gambar masa jadi fasilitator untuk adik adik dari smk batu baung :') tiga hari bersama mereka bagi kata kata semangat walaupun aku sendiri rasa sedih rasa pilu mampu ke aku nanti jadi seorang graduan universiti yang berkualiti? tapi siapa kita cuma manusia yang mampu merancang tapi segala galanya dah pun tertulis. nak dijadikan cerita seriously terkejut tengok myscd untuk program ni aku jadi fasi je pun dengan erti kata lain peserta sebab gilakan myscd . terima kasih bermurah hati rakan muda usm sebab kasi aku 12 mata sebagai ajk tertinggi, *bila masa aku jadi ajk hahaha pelik bin ajaib * then biarkan gambar berbicara :')






 caption * muka eksaited second year baru masuk muzium usm*
waaaaaa dinosour !














terima kasih untuk memori terindah akan ku abadikan dalam ingatan .
maaf ayat tak cukup bombastik -_- 
selamat pagi dunia !

Monday 27 April 2015

Childhood ..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah t'jadi. :')

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil  lagi
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
    tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi   kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28. Main bingo,main titik titik ,main xoxo dalam kelas.
29. Tangkap belalang pastu pi cabut kepak dia taknak bagi dia lompat lagi ( aku kejam sangat kenapa dulu huwaaaaa)
30. Main rebut rebut tiang. main baling selipar, main bola beracun,panjat pokok makan buah atas pokok.


I want my childhood back :') deep crying inside .

Sunday 29 March 2015

deep ^^

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Alhamdulillah :)

Kita hidup digunung, merindukan pantai.
 Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan?
 Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar.
 Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian.
Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah.
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak.
 Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada,
tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

Thursday 12 March 2015

cry again.

Hati ini terlalu rapuh ,goyah dan lemah,,banyak benda berlaku di luar jangkaan tanpa kita sangka tanpa sedar dan semua yang berlaku atas kehendakNya, aku balik kelantan malam 3 mac setelah puas pujuk parents aku yang aku tetap nak balik,tak tenang aku kalau nak berdiam diri jee,aku tahu mereka perlukan aku sangat sangat,so aku nak ada disamping mak aku ,abah call kata mak aku dah demam tiga hari lepastu takleh bangun sakit dalam perut, pegi klinik tak komfom lagi sakit apa tapi dapat arahan kena pegi hospital,, cemas nya aku masa tu asyik call ma abah tanya apa jadi..then mak aku call kata ada ketumbuhan dalam perut so terpaksa dibedah ,perasaan masa tu sedih gilaaa yala aku dengar mak aku nangis ,, dalam fikiran masa tu nak balik je.malam 2 mac tu aku dapat dua berita sedih ,first pasal mak aku masuk hospital ,aku nangis tahap apa nasib baik tak banjir bilik aku hihi.second aku cuma sedih kecewa ngn someone ,dia rapat ngan aku dulu okay dia kawan yang baik at that time so aku rasa aku ada someone yang leh share apa masalah aku ,aku stress ka apa ,tapi aku dibelenggu tanda tanya kenapa dia tiba tiba berubah? secepat itu dan aku taktaw aku salah apa, tapi dah jauh sangat dah sekarang sokayy aku diam ja tapi akhirnya terbongkar sendiri persoalan yang sememangnya jadi tanda tanya , walaupun rasa kecewa teramat tak tipu tapi takpa la aku siapa kan nak bersuara nak tanya kenapa dia berubah ,aku takda hak nak paksa orang untuk stay dengan aku. okay lupakan...yang pasti setiap persoalan ada jawapan sama ada cepat ataupun lambat dan sebagai manusia aku penuh dengan kekurangan . konklusinya di sini aku akan hargai sesiapa yang kawan dengan aku setia jadi pendengar yang baik ,yang ley terima baik buruk aku , yang sentiasa ada untuk aku .

aku sampai terminal bas kat tesco kota bharu dalam pukul 4 pagi macam tu la terus pegi hospital tengok mak ,hati sayu tengok mak aku walaupun rasa mengantuk teramat tapi digagahkan mata jugak , dalam bas tadi sempat tidur kejap je sebab pakcik bas tumpangkan penumpang bas lain yang rosak so aku kena duduk depan sekali tepi driver bas ,huwaaa dia borak ngan aku tak kasi chance aku nak tidur ,tapi takpa la tak sampai hati pulak kan tak layan dia borak ,

masa aku sampai tu ,mak aku dah selamat operate buang ketumbuhan dalam perut ,berat parasit tu 3 kilo,terkejut tengok gambar abah tunjuk ,doctor kata benda tu amik masa 10 tahun nak jadi besar cenggitu tapi tulah kan kuasa Allah mak aku selama ni tak rasa sakit pun,,dia sakit beberapa hari sebelum tu abah kata tu pun kalau tak paksa memang degil lah taknak pegi hospital..alhamdulillah selamat operate syukur sangat,,sampai wad mawar aku kucup tangan mak aku dan tahan air mata jangan kuar weh pleaseee ,,, ma cakap " tidur lah kak ica ,amik kerusi tu baring ,baru sampai kan" ,, aku mula mula cakap takpa laa nak jaga ma,last aku tersungkur jugak situ sedar sedar nurse datang nak rawat mak aku,hahaha. dua hari dua malam jugak aku stay hospital jaga mak aku, aku bosan gak la so aku tolong pesakit sebelah katil nama nadia girl 21 y/o ,depan katil lak makcik yang baru lepas operate tumor luar rahim *ada baby dalam rahim dia ,nasib baik operate tak da pape jadi kat baby* sebab kesian sangat tengok pesakit yang terbaring pelawat xdatang lagi diorang nak gerak pun sakit , so yang mana aku boleh tolong aku tolong mana yang patut,, :)

 ada satu pagi ni aku bukak makanan apa yang ada dalam bekas nurse sediakan, ingat dalam termos air milo ka apa,sekali bau air nescafe hahaha nasib ahh terus aku rasa pening tapi aku buat derk je sebab aku takleh sakit ,aku kan nak jaga mak aku , masa lunch aku suapkan bubur nasi kat mak aku,aku rilek sebelah katil baca majalah ,mak aku kata pegi lah mandi segar siket badan,,so aku macam biasa lah take time lama siket dalam bilik air sebab tu bagi settle mak aku tidur baru aku pegi mandi,lepas mandi tu rasa cam pening sangat,berat nya kepala aku ni.mak aku perasan then dia suh aku tidur sekatil ngan dia,mula mula aku kata takpa laaa tapi lepas mak aku kata takpa la meh tidur atas katil rest , so aku tidur mengiring peluk sweater ,mindset kata tidur statik pleaseee asha ,,sian ma nanti .akhirnya mindset mengikut apa kata hati then aku tidur tak sedar apa dah, sedar sebab abah adik adik datang waktu melawat masa tu.. abah tengok aku macam penat sangat dia kataa ,mak aku lak ceta semua orang hat datang melawat termasuk nurse doktor tengok kat aku hahaha ,nurse tanya aku kenapa ,mak aku jawab dia pening ni .hahahaha , abah suh aku balik rest kat umah esok datang lagi so aku ikut ja sebab masa tu medulla oblongata aku cam tak leh fikir apa dah , migrain aku datang dah tapi aku buat rilek jaa ,borak ngan abah cam biasa padahal duk menahan sakit .*taknak kasi abah perasan * tapi aku rasa abah perasan kut .hehe

aku sampai umah ja terkejut wehh ,omai awat sepah sangat ni.hahaha abah kata memang tak sempat kemas apa pun,adik aku dua orang tu lelaki *paham jela dak laki ni bukan pandai nak kemas umah ni* adik aku hat bongsu tu demam dah banyak hari. so aku balik aku kemas apa yang patut ,abah kata "baru nampak umah kak ica balik" hahaha..esok nya tu abah kata nak p amik ma ,ma dah boleh kuar wad,, alhamdulillah takyah ulang alik pegi hospital dah,so ma balik umah senang aku nak jaga ma,urus adik adik , buat keje umah masak apa semua,, aku lega abah yang tak selera makan nasi banyak hari ley habiskan makanan hat aku masak ,abah puji kata sedap aku masak ,kehkehkeh lega sket dengar abah kata macam tu,tengok adik adik pun selera makan ,hehe walaupun aku masak simple ja,aku mana expert lagi kayy ,mak aku kata nanti aku dah jadi tunang orang dia akan turunkan semua ilmu dia kat aku :p  penat aku tak terasa asalkan aku ley jaga mak aku ,abah adik adik. mak aku kata terima kasih kak ica sanggup balik jaga ma,perfect dah kak ica jaga ma., aku dengar mak aku kata macam tu terkedu, nak cakap *ma, jangan cakap terima kasih ,ma abah jaga kak ica dari kecik sampai sekarang,so kak ica kena la jaga ma pulak * tapi tak terkata masa tu speechless sangat aku senyum ja, masa nak balik penang dah ,aku cuma mampu nasihat jaga diri makan ubat biar cepat sihat ,:)

aku bahagia kalau dapat tengok senyuman di wajah parents aku tiap hari, aku cuma mampu berdoa agar aku dipanjangkan usia melihat dunia untuk jaga ma abah waktu mereka perlukan aku ,semoga ma cepat sembuh sentiasa kuat ,kak ica sayang ma abah ;')

*the past part 4 will be update later, asha marlisa not in right mood kehkehkeh otak berselirat hadap report ;p * k byeeeeee

Sunday 1 March 2015

the past part 3

Hyeee nak sambung balik ceta aku yang bersiri ni hahahaha, okay aku nak sambung balik apa jadi bila aku pindah sekolah menengah kat kelantan,, masa aku pindah kelantan ,aku sekolah kat area umah gak ,masa tu form 2 lagi tapi dah nak dekat akhir tahun dah , smk ketereh ..masa mula mula abah bawak aku p jumpa pk hem seingat aku nak masuk kelas, pk hem tengok aku punya rekod akademik sekolah lama , dia kata aku punya rekod okayy cuma aku masuk dah nak akhir tahun so xda kosong kat kelas first , kau nak tahu aku dapat kelas apa ? dia pi letak aku kat kelas second last ,kelas yang ketujuh tak silap daripada lapan kelas ,siyess kecewa gilaa aku ,pastu aku tanya abah aku ,terok ke result aku kat sekolah lama ? * takleh terima hakikat weh* hahaha . dengan berat hati aku pasrah jelaa ,pasrahh sangat nak gila aku hari first aku rasa nak tumbuk orang ja . masa aku masuk kelas apa dah aku lupaa aku diam ja , sepatah tanya sepatah jawab ,,sebab apa? sebab aku rasa aku bukan ada kat kelas kat sekolah at that time ,aku rasa aku duk dekat zoo hahahaha mak aihh memang rasa nak lempang orang tapi aku tak mengamuk aku sabar ja ,

yang paling aku panas hati ada sorang dak laki ni ya ampunn nakal nak mampuih ,dia tak puas hati apa dah ngan aku dia main tarik tarik tudung , bukan dia buat kat aku ja ,dak pompuan lain pun kena, aku  mula mula diam lagi sekali aku mengamuk tengking dia terus dia tak kacau aku hahaha .lepas tu aku jaga jaga takut dia tak puas hati nak buli aku pakai cara lain tapi dia tak kacau dah ,dia pi kacau dak pompuan lain sebab yang lain mana berani lawan dia so kebanyakan buat derk je. aku nak buat derk memang tak la ,satgi naik rekod disiplin nama aku dak baru first kelas tumbuk orang taktahu aku ,hahaha tapi naseb baik rekod bersih lagi .lepastu aku perasaan tiap kali cikgu mustaqim,cikgu sejarah masuk semua tidur ,laki ka pompuan sama ja,aku memang aneh gila la masa tu,zon apa aku sekarang ni ,hahaha lepastu aku tanya dak pompuan sape tah nama dia aku lupa ,korang memang camni eh? yala tak suka at least hormat lah siket ,ni cikgu mengajar selamba badak tidur . dia jawab haah semua macam ni, pastu aku tanya exam sejarah dapat gred apa,dia jawab lagi ada yang lulus ada yang tak. hadoyai aku nak kasi ceramah ja masa tu tapi diam ja, aku rasa cikgu mustaqim ni dia dah taw student dalam kelas tu macam mana so dia ngajar ja maybe dia tak perasan aku ,masa tu aku punya meja belakang sekali.tu la kalau cikgu tak tegas tak garang student pijak kepala macam tu ,,

lepastu exam akhir tahun, tetiba rasa femes sat cikgu mustaqim yang selama ni tak perasan ada dak baru dalam kelas dia mai cari aku sebab terkejut kot i'm the only one score A subjek dia masa tu hahahaha,masa dia p cari aku xdak dalam kelas yala tengah waktu rehat aku pi jalan laa .aku balik kelas ja semua kecoh kata cikgu mustaqim cari. aku pi cari dia balik dia tanya sejak bila awak masuk kelas tu? *garu kepala * hahaha hadeyyy lepastu dia kata tahniah aku jawab terima kasih ja walau pun aku blur tahniah kenapa? masa dapat buku rekod so leh taw result dapat nombor berapa aku masa tu happy gilaaa dapat kelas first form 3 nanti ,siapa tak happy finally aku keluar dari kepompong tak selesa hat aku rasa cam nak gilaaa duk kelas tuu..so masa form 3 aku nak terbiasa duk kelas first ni susah gak la yalaa selalu dak bijak ni sombong kann hahaha tapi tu aku rasa masa mula mula masuk la sebelum nak ngam ngan semua orang, masa aku masuk sekolah tu kawan kelas lama aku kata kelas first ngn second ni biasa dak strainght A upsr ,aku masa upsr biasa biasa jaa .so bila duk kelas first nak fight dapat nombor satu tu susah la.. hahahaha.

masa form 3 aku apply mintak pengawas lagi,tapi tak dapat sebab masa tu cikgu disiplin perghh garang gila,cikgu su . nak dijadikan ceta cg su ni mengajar bm masa aku form 4 ,form 5 .aku pause dulu pasal kenangan ngn cg sue .so masa tu aku tak dapat jadi pengawas ,aku kata takpa la bila lagi nak pakai baju putih tudung putih ,dulu pakai biru masa sekolah lama. dulu dak laki kelas sebelah lagi suka kacau aku,sebab dia perasaan aku baru masuk kelas tu ,aku pulak duk tepi tingkap ,ada je dia buat bila lalu kelas aku.aku masa tu sombong gak laa. malas nak layan .. tapi stress gak laa hahaha nama dia jeril .ada satu hari ni aku lupa bawak buku yang teacher suh so aku kena denda pi pusing pokok kat depan kelas aku,malu gila merah muka aku .hahaha padan muka sape suh tertinggal buku,yang aku bengang nya jeril ni dia punya gelak tahap cacing kena bakaq tengok aku kena denda   kureng asem betol sabar je la nasib baik teacher aku ada kat situ kalau tak aku nak patah kan dahan pokok lempar kat dia ,sakit hati weh.



yang ni satu satu nya gambar yang aku ada masa aku form 3.hahaha 
pokok yang aku kena pusing tu masa kena denda kat sebelah aku tu je haa :p


masa form 3 aku rapat ngan kimah ,dia dak baru dari keyyel pindah kat sekolah aku ,dia duk sebelah aku masa tu,dia pandai lukis penah la dia kasi sketch yang dia lukis ,aku masa tu woahhhh cantik gila dia lukis,tapi skung aku taktaw dia apa ceta , dak laki entah xrapat pun so xdak gambar ngn depa.. aku ingat masa tu selain kimah aku rapat ngan mekye ,ain ,didi, kamal, si kamal ngan ain suka gaduh ,mekye jadi stress sebab tepi meja ain meja mekye,sebelah meja mekye meja kamal, hahaha lawak diorang ni aku pun pening kadang kadang.dulu aku ,mekye kamal rapat sebab umah dekat dekat so selalu study group sama sama,petang lepas study kitorang gilir main badminton lawan tapi aku tak pernah menang kahkahkah sebab si kamal ni terror main *saudara mara anak anak sidek kut* stress gila aku main ngan dia asyik aku kena pi kutip apa dah bulu tangkis tu haaa.. -_-


so lepas exam, dapat result aku bersyukur la apa yang dapat walaupun tak score straight A, so aku dapat form 4 kelas sains ,kelas 4 alfa ,,kelas first . so masa form 4 ngn form 5 nanti aku sambung balik kayy ;)

bersambung lagi .....

Saturday 28 February 2015

the past part 2

continue from the previous post ,the past part 1 ,, so aku berhenti haritu kat life aku masa sekolah menengah kan , sebab apa aku kata yang life zaman sekolah menengah aku komplikated ? haha okay lepas habis upsr so taktahu nak sekolah menengah kat mana kan, aku cakap kat parents aku yang aku taknak sekolah asrama tapi parents aku pujuk gak suh pegi dulu lama lama nanti okay la. hmm taktahu nak bantah ke nak ikut ,dalam dilema so aku pegi jela ,sekolah menengah agama mahmudiah ,kuala berang. aku duk asrama situ memang asyik nangis ja,xleh go on sebab xjumpa kawan yang leh masuk kepala hahaha apatah lagi aku rasa budak budak kat situ annoying gila,ke aku yang annoying ? hahahaha siyes lagi satu aku xbiasa la nak study pun tak tenteram ada gangguan lepastu aku rimas laa dgn peraturan ,pukul 11 ke pukul berapa tah tak ingat kena tutup lampu dah , kau bayang kan aku tengah kemas loker tetiba senior dalam bilik aku tu main tutup je lampu ,dia tak nampak aku buat keje ke? yela at least cakap. urghh siyes tiap hari aku rasa macam nak meletup tapi sabar je laa , entah aku rasa aku dalam dunia asing sangat hahaha nampak kan xleh nak adapt ,,bila hati memberontak aku jadi malas nak study,bila waktu study ramai ramai ,aku renung ja buku depan aku ,takda mood .dah la xda kawan so bayangkan life aku serabut gila masa tu. tiga bulan jugak la aku bertahan ,tiap hari aku call parents aku ,aku kata aku nak balik taknak duk situu ,parents aku mula mula nasihatkan aku ,suh sabar apa laa last last aku ugut apa dah aku lupa kalau depa xtukarkan aku sekolah harian biasa aku buat hal. hahaha mak aku yang nampak paling risau kat aku masa tuh yalaaa call je nangis xdak keje lain , lepastu aku punya memberontak tu menjadi gak parents aku tukarkan aku sekolah harian biasa, sekolah menengah kebangsaan seri payong,marang area umah aku je tapi nak pegi sekolah tu naik bas la , bas sekolah lalu tiap hari kat kawasan umah..

life aku kat smk seri payong ni aku rasa best sangat,sebab aku rasa aku dah keluar dari kepompong asing yang aku rasa selama ni kat sekolah lama ,hahahaha masa tu aku form 1 lagi dapat kelas 1 apa dah aku lupaa siyes tapi kawan semua okay ,diorang layan aku as "budak baru" special lah,hahaha tetiba perasan kan,tapi siyes aku rasa diorang layan cam tetamu weh siap nak ajak round satu sekolah takut nanti aku sesat ke apaa,yang aku rasa nak sengih time nak raya penuh aku dapat kad raya wish raya ,aku pun reply balik kat diorang.so aku rasa hidup aku bahagia sgt masa tu xdak orang dengki xdak orang nak atur hidup aku ,arah aku itu ini hahahaha seksa hidup bila xleh adapt duk asrama duluu..kadang kadang diorang ingatkan aku bila aku lupa sebab kat sekolah baru aku tu  aku masuk tilawah Al-Quran ,waktu rehat ja aku pegi surau ,orang lain pegi makan tapi aku tak kisah pasal makan ,masa tu takyah tanya aku memang keding gilaaa hahahaha.

aku masa form 2 dapat kelas atas siket ,2A2 .haaa aku baru ingat masa form 1 tu aku kelas 1A3 so kira aku naik kelas lah hehehe,sebelah kelas aku tu kelas 2A1. ada kisah sebenarnya ngan dak kelas sebelah ,aku pun ingat ingat lupa tapi mana aku ingat aku ceta eh.. hehehe ,pasal memory aku kat kelas 2A2 ni satgi aku ceta ,aku nak gtaw yang aku apply nak jadi pengawas ,apasal kata xsuka terikat ngan peraturan ? hahaha entah aku pelik aku ni dah kenapaaaa .. ,saja ngada ngada hahaha , bagi aku diorang nak serap student jadi pengawas masa tu kemain susah ada banyak stage gak laa. aku ja rasa pelik apesal sekali interview ja aku dapat ,kalau nak tahu senior yang interview aku masa tu ,dia perasan aku duk kawasan taman perumahan yang sama dengan diaa,aku pun ada gak la nampak dia kat kedai dekat kawasan umah aku tu tapi aku buat taktaw jelaa hahaha dah dia pun tak tegur takkan nak tegur ,segan wehh. masa dia interview aku ,dia kata kat kawan dia ada dalam dua orang lagi interviewer masa tu dia sorang ja nak interview aku,gila kecut perut aku masa tuu . soalan first dia tanya "awak yang selalu saya nampak naik skuter merah besar kat area taman safiah kan? " dalam hati aku *dia perasan jugak aku rupanya* so aku jawab jela haah ,then dia tanya siket ja soalan lain aku dah  lepas tu kemain legaa ,pelik kawan aku apesal turn dia lamaa aku kejap ja,aku sengih macam kerang busuk ja masa tu.

okay sambung balik aku rasa lagi happy duk kelas tu sebab rapat sangat dengan diorang ,amalina,aini,ami,zana,mat deris ,fahmi,mimi ,ira ..siyess semua dalam kelas tu kenal rapat gak la masa tu.,masa ni la kenal rapat ngan mimi malyana ,girl terror math . masa tu cg asmadi cikgu math dia kasi perhatian kat aku lebih siket sebab aku lemah math . lemah sangat sangat ,tapi aku pegang no satu tiap kali exam aku lah tapi math hancur..si mimi pulak math je dia okay yang lain kureng.masa tu lagu  my heart ,acha septriasa ngan irwansyah femes .so diorang panggil aku acha hahaha.macam macam nama aku dapat .si mat deris tu dak laki paling nakal selalu buat hal dia lah ,dia panggil aku acha timun memang selalu cari gaduh.budak budak haha ngejek ni biasa.aku rapat ngn syazana sebab aku kesian nape dia cam xaktif cam dak lain ,zana ni pendiamm sangat tapi kalau betul kenal dia ,dia takda la pendiam sangat, aku selalu pi umah dia lepak mulut dia potpet ja taw dak hahahaha.

masa ni sorang lagi dak laki suka cari gaduh ngan aku si fahmi,aku punya tahap meluat nya kau kat dia memang peratusan tinggi la. dalam sehari ada ja benda dia nak buat aku marah ,so main kejar kejar, bukan main lah aku kejar betul betul nak pegi sekeh ka tumbuk ka kasi puas hati tapi xpenah dapat balas dendam xpadan kecik lari laju gila ,penah dia letak pensel case aku kat atas whiteboard ,pencelcase kucing kaler kuning ,hahaha aku ingat lagi kemain aku mengamuk .aku dah panjat kerusi nak amik xsampai weh.aku pendek lagi masa form 2. ,lepastu ada apa ja aku buat nak balas dendam dia sengih ja xpenah marah .so the ending is aku ngan dia couple.hahaha aku lupa macam mana boleh baik .dia musuh ketat aku macam mana foll in love kahkahkah tapi siyes aku dak hingusan lagi ,dia pun so masing masing xfaham apa maksud cintaaaa. siyess first love ni sweet walaupun kau xfaham untuk apa kau bercinta masa tu, aku ingat ingat lupa masa tengah jadi musuh selalu kejar kejar dalam kelas ,ada dak laki kelas sebelah ngorat aku ,hahaha ngorat ke eh?err xtaw dia first tengok aku xberkelip masa aku tengah makan burger kat bangku sekolah ,tengah makan burger ada orang stare kat kau ,perasaan pelik gila masa tu,aku ada buat apa salah ke? ada tak kena ngan aku ke? hahahaha .dak kelas sebelah tu hantar surat apa tah aku lupa penah dia datang nak jumpa aku semata nak kasi biodata dia pastu nak biodata aku.hahahahha nak gelak ingat. so masa tu kut fahmi approach aku maybe dia takut aku kena rembat ngn orang padahal mana dia taw kut dak kelas sebelah tu nak kawan ja ngan aku.

fahmi ni pulak umah dia kat kawasan umah aku jugak so time aku rasa bosan aku round la kawasan umah dia tapi aku senyap senyap ja.pegi sekolah balik sekolah nek bas sekolah yang sama laaa. sakan bercinta pulak masa tu abah aku beli fon kat aku,mesej ja mampu masa tu mana ada wassep lagi hahaha, dia baik la masa bercinta ngan aku xdak buli buli dahh.lepastu aku kena pindah kelantan sebab abah dah pencen siyess sedih semua kawan kawan sedihh terok ,diorang kasi hadiah kad ucapan banyyak gilaaa kat aku .nak nangis aku masa tu best gilaa kawan ngan diorang. salah sorang kawan aku cakap kat aku lepasni xdak la orang star hat pegang no 1 dalam kelas ,hahaha aku kata ramai lagi yang bijak so semua orang layak dapat nombor satu tiap kali exam asalkan rajin .;) aku nak pindah tu fahmi taw la tapi dia senyap xdak kata apaa,aku sedih la jugak lepastu kira cam terputus macam tu aje laa ,aku pun dah tukar nombor fon ,fon dulu lupa nak save nombor so hilang macam tu jaa.

part paling sedih bila aku terpaksa tinggalkan diorang walaupun hati aku masa tu berat sangat, so kisah first love zaman cinta monyet aku ngan dia takat tu jaaa..hahahaha ,nanti aku sambung apa jadi kat sekolah baru aku kat kelantan .xlarat dah nak taipp.. hahahahah ;p

*dah macam drama cerita bersiri * ;p

bersambung......

the past part 1

hyee , disebabkan aku rasa bosan tak tahu nak buat apaa weekend ni so aku nak update siket , aku tak kisah ada orang baca ke tidak hahahaha., belog aku suka hati aku lah kayy,, dalam hidup aku ,aku rasa kadang kadang aku takda pilihan ,why ? sebab kadang kadang apa yang kita nak kita tak dapat tapi kalau kita sedar yang kita nak tu la bukan yang terbaik untuk kita . kembali kepada topik aku pasal the past ,hehe so disebabkan previous post aku pasal masa lalu aku nak cerita siket pasal masa yang dah lama berlalu ni sebab aku buat belog pun masa matrik kan .selagi aku masih ingat aku nak tulis balik apa yang aku ingat sebab nanti aku baca balik kisah hidup aku dulu dulu ,aku nak sengih ke nangis eh ?

aku lahir kat kelantan tapi membesar kat negeri orang sebab abah aku tentera darat ,so bila ma abah get married ,abah kena posting bertugas kat kota kinabalu sabah,, apa yang aku masih ingat aku seronok duk sabah sebab selalu dapat makan seafood nak nak aku suka gila makan ketam ,lagi family aku suka berjalan ,hahaha ma abah aku dulu suka sangat nak date bawak kitorang pegi kfc sebab aku ngan adik aku tu kalau pegi kfc bukan nak makan tapi nak main taman permainan yang ada kat dalam kfc tuu so ma abah ada peluang nak date takde orang kacau haha :p aku first sekolah tadika kem lok kawi masa tu umur empat tahun , hari first menangis teruk nak balik ,abah aku  tak sempat tinggal lagi meraung satu tadika tu kedengaran suara aku nangis.* abah yang ceta balik pasal ni kat aku ,abah kata risau lah macam mana ni asyik menangis je alahai risau parents aku pasal nak hantar aku tadika esok hari.* hahaha sebelum nak sambung abah cakap aku dulu tak aktif macam budak budak lain ,masa zaman aku baby lagi aku suka sangat tidur so pengasuh aku masa tu senang gila jaga aku ,parents aku hantar aku pagi kat umah pengasuh aku time tu,tengah hari nak pi amik tidur lagi tak bangun dari pagi hahahaha dasyat kan? parents aku ceta aku sebelum masuk sekolah tadika aku pasif xbergaul ngan orang ,bila ada orang yang tak familiar ,yang tak pernah aku nampak aku akan menangis meraung ,kira macam takut dekat orang tak kenal la . nak ceta pasal pasif nya aku dulu ,abah ceta kalau abah letak aku atas kerusi aku stay ja situ xberganjak langsung hahahaha.

okay sambung balik ,esok tu abah hantar lagi aku pi tadika second day lah kiranyaa ,leganya abah aku masa tu sebab aku tak nangis dah sebab jumpa kawan baru,so ngam la nama dia fazlin natasyaa ,berkepit ngan besfren aku tu dari umur empat tahun sampai aku darjah dua ,so akrabnya kami mana ada dia ada la aku hehehe,tapi persahabatan zaman mentah aku tu , rasanya kalau takdir nak pertemukan kami balik, aku harap dia ingat lagi hahaha .lepastu aku ingat lagi zaman aku dak dak tadika family suka la jalan kat tempat tempat best lagi lagi suka pi mandi air terjun , parents aku suka berjalan ngan kawan ,kira family aku ngn family kawan abah aku yang keje askar gak.masa tu kenal rapat lah dengan alif ngn amirul hahaha bodyguard aku lah kiranyaa , aku ngan fazlin satu sekolah tadika tapi umah jauh gak la so petang je aku main ngn si alif ngn amirul ni.. masa tu suka ikut diorang pi cari telur burung puyuh hahaha seronok ,main ngn dak laki an so macam macam benda lasak aku buat ,aku takda memory main anak patung ke apa ke ngan dak pompuan sebab masa kecik aku kawan ngan budak laki ,main lastik burung walaupun tak pernah kena burung ,macam macam aku pun dah lupa tapi part pi tangkap berudu letak dalam plastik sampai sekarang aku ingat.

ceta masa sekolah rendah kat sabah yang aku ingat masa zaman tu aku sempat lah pakai pinafore hahaha sekolah area semenanjung maybe baju kurung tapi al maklumlah sekolah kat sabah yang rata rata kaum melayu tu tak ramai sangat. kebanyakan iban laa dan aku pernah kenal ngn sorang ni agama kristian so byk parents aku ajar aku adab bila kawan dengan orang berlainan agama ni.then abah dapat tukar bertugas kat terengganu so persahabatan akrab aku ngn fazlin terputus macam tu jelaa ,life lapan tahun kat sabah satu kenangan indah dalam hidup aku sampai bila bilaa..

aku pindah terengganu kat area marang ,aku sekolah kat sk padang mengkuang .dekat jee ngan rumah .rumah perumahan taman safiah murni , masa mula mula masuk kelas tu rasa pelik gila hahaha nak serasi balik susah beb , satu dulu aku free hair so darjah tiga semua pakai tudung kat sekolah tu ,ingat lagi aku nak boleh biasakan diri pakai tudung tu takda masalah besar bagi aku hahaha penah la aku kayuh basikal pegi sekolah dalam perjalanan aku rasa ada tak kena ngan diri aku,nak tahu apa? aku lupa tudung aku tak pakai so aku balik umah bagitaw ma yang aku lupa nak pakai ,gelak ja mak aku masa tu. ingat lagi first day aku masuk kelas 3 bijaksana ,pelik weh apa diorang cakap loghat terengganu satu pun aku tak faham ,aku masa tu konfius gila aku nak guna loghat sabah ke loghat kelantan ,haha last aku guna loghat sabah sebab cikgu introduce aku kat diorang aku dari sabah.lama lama aku ngam boleh masuk ngan diorang then kawan rapat ,aku lupa aku kawan ngan sape sebab ramai sangat tapi yang masih aku ingat dulu aku kenal rapat dengan sorang dak laki ni nama amirul ,haha amirul lagi.dia pulak jiran aku ,petang petang aku boring ,aku pi umah dia main tali skipping ,main ABC ,orang panggil air batu campur ,dapat kat mirul jadi air batu cicak hahaha,pastu main polis anti one to jaga hahaha siyes aku lupa dah lagu dia cemanaa, geng pompuan aku kawan gak tapi xrapat sangat kalau depa ajak aku main bola beracun ka bola bayang ka aku pegi kalau tak ajak aku lepak ngn si amirul ni ,selalu panjat pokok belimbing depan umah aku dia join sekaki makan buah atas pokok lepastu jerit ada kerengga gigit .

masa sekolah menengah life aku komplikated siket banyak bendaa yang aku masih ingat tapi banyak benda jugak aku lupa, nanti aku sambung eh , xlarat dah nak taip hahahaha

to be continue.....

Friday 27 February 2015

masa lalu

Kepada Masa Lalu,
Apa khabar? Pastinya berada dalam keadaan tertinggal di belakang, dan sering mahu dilupakan. Maaf kerana jarang menziarahimu, kerana aku sibuk memesrai Masa Hadapan. sepertinya orang lain, aku dengan begitu terdesak ingin melupakan kamu. Kamu, adalah sesuatu yang aku tidak perlukan, hampir setiap hari. Kamu pasti tahu, kamu banyak musuh, kan? Musuh-musuh kamu adalah mereka yang ingin menjadi lebih baik, mereka yang ingin maju, mereka yang patah hati, mereka yang gagal. aku, adalah sebahagian daripada mereka.

Kamu tahu, hampir setiap saat aku hampir memaki kamu, kerana apa yang telah terjadi pada saat-saat yang telah berlalu. Tapi hari ini, tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Kamu, Masa Lalu, bukanlah sesuatu yang teruk sebenarnya. Sungguh. Hampir aku menangis kerana menyesali perbuatan aku, mengutuk, menyumpah dan menyalahkan kamu atas segala kegagalan aku. aku lupa, yang bersalah itu aku, bukan kamu.

kini aku berasa hendak memeluk kamu. Kenapa? Sebab tanpa kamu, mana bisa aku jadi seperti sekarang. Tanpa kamu, mana bisa aku menjadi lebih baik. Kerana adanya kamu, Masa Lalu, kamu mengajar aku menjadi dewasa, mengajar aku makna rasa, mengajar aku mengenal diri, mengajar aku tentang keputusan, dan banyak lagi.

Hampir-hampir aku melupakan kebaikan kamu wahai Masa Lalu, tatkala hati aku  dimamah penyesalan. Kini,aku menulis kerana mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih atas segala pengajaran, sungguh pun ia datang begitu lewat. Sungguh, terima kasih.


tak mungkin aku melupakan kamu ketika masih hidup. Kerana kenangan, tarikh luputnya sepanjang hayat. Selagi hidup, selagi itu aku akan terikat dengan kamu. Pun begitu, aku tak boleh selalu menziarahi kamu, bimbang aku terlepas sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Moga kamu tetap di tempatmu, agar sesekali aku ingin berbicara tentang penyesalan dan hikmah, kamu selalu ada untuk mendengar dan memberi tunjuk ajar. Jumpa lagi nanti.

Thursday 26 February 2015

fake smile.

Ketika burung hidup , semut adalah makanannya tetapi apabila burung mati semut pula memakannya. sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis tetapi hanya perlu sebatang mancis untuk membakar sebatang pokok. "kamu mungkin berkuasa hari ini tetapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu " terlalu cepat masa berlalu tanpa sedar dan untuk melihat ke hadapan mahupun ke belakang ,semuanya perlukan masa. kembali kepada tajuk post kali ni aku perlukan masa lagi untuk ukir senyuman yang tak palsu kerana diri ini terlalu risau apa yang akan terjadi nanti , pura pura berlagak biasa tapi hakikatnya aku risau takut semuanya dalam satu. minggu pertama semester empat kelas tak start lagi so aku ada masa nak update sebab tak tahu nak buat apa , bukak fesbuk bosan twitter pun bosan insta lagi lah bosan, dan aku pun rasa aku tak ada mood nak menghadap semua benda alah ni. aku cuba positif apa yang terjadi ni satu ujian walaupun aku tak tahu tabahkah aku ? kuat ke aku hadapi ujian ni .jadual aku sem ni pun tak pack sangat so aku ada banyak masa nak struggle subjek teras , quantum mechanics ngan statistical mechanics. macam biasa benda yang aku selalu  dengar dari lecturer ngan senior subjek ni susah ,berat hmm nak buat macam mana takkanlah nak drop semua teras pulak kan. sekarang aku cuma perlu sabar banyak banyak ,tak boleh mengalah walaupun aku rasa nak nangis sebab aku sedar hidup ni tak mudah . hari ni pegi kelas statistical tapi kelas cancel sebab lecturer tak datang ,then teman yana pegi pusat ko k sambil tunggu anis habis meeting ngan geng major dia . yana cakap memang susah tapi satu je jangan give up nak bangun balik ,kena kuat .anis pulak tanya aku kenapa sha kau nampak kurus , hahaha aku tak taw nak kasi jawapan apa so aku kata aku stress je hmm . then lepak kedai mamak subaidah makan roti canai sebab depa ni kata rindu nak makan roti canai pastu balik desa anis datang bilik borak panjang gila pasal macam macam sambil dia kasi ceta baymax ,sampai lily pelik aikk xabes lagi borak dari dia duk layan movie hantoo sampai lah tertido bangun balik nak pegi kelas xabes lagi borak,hahaha banyak benda duk meluahkan perasaan ngan anis  . esok takda kelas so aku mereput lagi dalam bilik ni hmm .


''Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one with all the facts" - Albert Einstein

okayy rasa macam tak ada apa dah nak ceta . okayy byeeee. ^^

Tuesday 24 February 2015

searching .

Tomorrow will awake,
Our dreams,
While big while break,
Our fears,
Near in the dark nights

Our stars,
Dim out then die.

Our scars,
always remain.

Our friends,
Some stay,
Some go away all fade away,

Our regrets,
Will last us long

Still, life must go on.

Sunday 22 February 2015

depressed

Terlalu banyak kesedihan yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata. terlalu banyak kepahitan dalam kehidupan dan kata orang itu lah asam garam kehidupan , pengalaman mendewasakan. kadang kadang aku rasa aku kuat  tapi kadang kadang aku rasa aku terlalu rapuh terlalu lemah.. aku tak tahu sejauh mana aku mampu berlari mencari erti hidup ,hidup yang sememangnya tak mudah bagi aku ,bengkang bengkok penuh onak duri . setiap apa yang berlaku ada hikmah walaupun aku tak nampak apa hikmahnya aku cuma manusia biasa yang hanya mampu bersabar kuat selagi boleh dan kadang kadang kekuatan aku itu datang dari air mata aku. esok dah start kelas sem 4 dah aku kat sini, aku cuma harap semngat aku kembali pulih.

okay pendek ja malam ni , badan penat mengantuk terasa nak hantuk kepala kat dinding sebab tertekan sangat. hmm goodnight . bye

Wednesday 7 January 2015

2014 left :')

Assalamualaikum buat stalker sekalian , dah lama tak menekan keyboard meng update belog kesayangan. terlampau sibuk dengan urusan duniaa . dah beberapa hari tahun 2014 pergi aku baru nak cakap .muahahaha. sebenarnya esok ada paper tapi aku tak tahu what happen to me .hmm hmm mood melayang layang sebab dah terlampau rinduu familyy .jasad je kat sini hati kat umah dahh. hehe. ni dah nak masuk pukul 11 tak study lagi .hahaha boley pulak main ngn meow kat bilik tv. nampak tak aku punya kemalasan tu tahap cemana dah hahahaha. hmm aku ada lagi dua paper nak hadap moga aku terus tabah lah .thanks ma abah tak pernah jemu support aku, nasihat aku , bagi semangat . sayangg merekaa sangat sangat, tadi ma call suara  serak hmm sedih nya dengar suara ma mcm tu ,bila tanya ma cakap tak sihat yang,rindu kat awak la ni. maa i miss you moree :')) and i wanna tell thanks you mom for be the best mom for me. selamat hari lahir yng ke 46 tahun tepat o2 januari 2o15  ,semoga sentiasa cantik sentiasa sihat dan dirahmati Allah.




i miss you badly ma, just wait a little bit longer and your princess will come back home :")