Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Friday 28 November 2014

True Story

KISAH BENAR YANG BOLEH DITELADANI : "Apabila Suami Isteri Bermasam Muka"
Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata Tak
* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
kisah benar dari Karyawan Bisu.


Wednesday 19 November 2014

lumrah -_-

Ketika ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti hari yang mendatang. Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?
Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai. Jika anda masih bersendirian,jangan bersedih.Kadang-kadang terlintas di fikiran kita,


“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”
“Kenapalah orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”
“Aku ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”
“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam kawan-kawan aku tu”

Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kita. Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kita masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian.
Mungkin kita diuji dengan bersendirian dan tiada teman di sisi.
Kawan-kawan kita yang berpunya itu tiada ujiankah?
Mereka juga sedang diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia sahaja.Adakalanya mereka bergaduh,berpisah dan sebagainya. Nampak tak ujian yang Allah turunkan itu berbeza buat hambaNYA?

Apabila kita bersendirian,kita dapat menghindarkan perkara-perkara yang menjerumuskan kita ke lembah dosa. Kita takkan terjebak dengan zina mata dan zina hati.Kita takkan terlibat dengan belenggu perasaan.

Tak perlu rasa bimbang jika kekasih hati berubah hati.
Mungkin anda belum berteman kerana anda belum bersedia. Bercinta bermakna anda perlu bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk dilukai. Mungkin jika anda berteman sekarang, anda tidak mampu fokus dalam pelajaran.

Mungkin juga jika anda berteman sekarang, emosi anda akan selalu terganggu. Sebab itulah, Allah memberikan masa untuk anda bersendirian dan berdikari menempuh ranjau kehidupan ini.
Kita hanya mampu merancang kehidupan ini, tapi jangan lupa bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jika Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah kepadamu
Jika Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah buatmu
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu.

 tak perlulah risau mengenai jodoh.Bila tiba dan waktu yang sesuai,anda pasti akan bertemunya.Jodoh kita sudah tertulis sejak azali.Teruskan berdoa semoga anda cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah.Yang penting teruskan memperbaiki diri supaya kita dapat jodoh yang baik. :)




Jika ditakdirkan seorang imam untukku . di mana dia berada , semoga dalam lindungan Allah. saya menanti prince charming  saya. siapa ? kita takkan tahu sebab semuanya rahsia Allah .

Friday 7 November 2014

Karnival Waja Diri .

Assalamualaikum buat pembaca setiaaa . huu curi siket masa nak meng-update belog kesayangan. rasa baru boleh tarik nafas sedalam dalamnya . sebab minggu lepas minggu yang sangat hectic . semoga aku tabah menghadapi liku liku kehidupan sebagai seorang siswi dan semoga aku mampu kuat dengan apa pun ujian yang datang. minggu senior pakai jubah lempar topi dah nak berakhir. selamat bergraduasi  senior . jubli emas USM konvokesyen ke 50. semoga aku diberi peluang untuk hari jubah yang ke 52 nanti. insyaAllah . (; kembali ke topik utama kita pada hari ini. Alhamdulillah diberi peluang join Kejohanan Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang . sangat best ,pengalaman yang terlalu berharga dan tak semua orang dapat . Alhamdulillah dapat tempat ketiga transformasi kelima. yang lain semua hebat semua awesome ! tahniahh semuaaa... biarkan gambar berbicara okayyy :)


****
 


******
 

 ****


****
 

****
 


*****

  *** *


*****
 

****
 

*****
 

****
 

****
 
  
*****


****
 

****
 
 *****


****
 

****
 

****
*****
 


******
 

*****
 



Sekiannnn. 
#HappyTime . Karnival Waja Diri :)

Thursday 16 October 2014

Mid sem break !

Assalamualaikum dearest. aku dah nak balik kelate dah malam ni. cuti midsem. hmm cuti yang xberapa nak cuti sebenarnya sebab naik midsem test DE ,IOP lagi. comfom busy gilaa laa. haaa aku tak taw masa mana aku tak busy . memang esaimen itu ini sentiasa ada. memory otak ni kadang kadang xmampu nak save semua. buat list ape kena submit. huu olrite lupakan semua masalah dunia ,kita balik kelate dulu, enjoyy ! haha :p tadi duk mencari video untuk oral presentation, tetiba jumpa satu video ni. menarik la aku rasa sebab aku kan memang suka nangis .

p/s : pause lagu belog kesayangan saya dulu sebelum tengok video ni yaa :) jangan risau saya tak    suka kacau orang.so bukan video hantoo ni.bukan okayy . hahaha. tolong percaya




olritee ,enjoy the video. happy holidayy .mid sem break :)

Wednesday 15 October 2014

Deeply Hurt Inside .

Pernah rasa tak tangisan dalam diam ? tangisan yang ditahan sungguh sungguh supaya tak da sesiapa pun perasan hati ni sedang menangis. Tangisan yang cuma bergema di ruang hati. sakit yang teramat.
takpa asha, sungguh Allah sayangkan aku, sedang pandang diriku ,dengan penuh kasih sayang menunggu aku untuk menyerahkan hatiku sepenuhnya padaNya.

Allah knows every single tears you have shed for those you love. He knows the amount of times your heart sank out of sadness and grief and undoubtably He heard every single 'Ya Allah' that escaped from your lips. Never for a moment lose hope in Him, cry for Him as long as you need, for He is th only one who can turn your tears of sadness into one of absolute bliss. ;)


Saat nanti ....
Bila Allah pilih kita untuk jatuh cinta..
Sama ada pada manusia, pelajaran ,kerja atau apa saja.
Moga nya kita tidak jatuh cinta...


pada yang sia sia ^____^ 

friendship ^^

Assalamualaikum sayangg sayang semua. . hari ni nak bercerita pasal friendship aku dengan cik siti Hajar . kenal hajar ni masa first masuk silat kat usm ni. . such a good girl,banyak cakap macam aku, lurus orangnyaa . dan aku suka type macam hajar ni, jujur dengan apa yang dia rasa dan kiteorang tak pernah lagi gaduh gaduh terok.gaduh manja tu biasa. Asha bersyukur ada kawan macam hajar. thanks dear. ada untuk asha tak kira masa . and thanks for accepting the way i am. hee thanks cheer up my day and let's the chemical bonding stay strong . last word , sayanggg hajar :')

too much memories with her and i can't describe how grateful i am meet her and i just love to be her friend till jannah . take care dear. moga berjaya dalam apa pun bidang diceburi dan ingat asha sentiasa sokong hajar ^^



 ***



 ****

***


****




****



****

 beli purse sama jenis cuma beza colour jee. hihikks ;)

#ThankDear for be such a good friend. stay pretty dear.jaga kesihatan.. you are beautiful as the way you are. stay strong. lets be friend till jannah. sayanggg hajar :')



Tuesday 14 October 2014

Happy Birthday .

Hyep . Assalamualaikum buat pembaca setia. Hari ni hari lahir abah asha ,Che Mazlan Bin Che Hamid. Selamat Hari Lahir abah yang ke 48 tahun.moga dimurahkan rezeki ..dipanjangkan umur dan sihat selalu. thanks so much for be a very good abah in this world to me. I love youu so much. rasa bertuah jadi anak abah. abah yang sentiasa ada untuk kak icha. bagi nasihat supaya semangat belajar. kak icha bersyukur ada abah yg sgt sayang kak icha ;) and i can't imagine to live without you even abah garang tapi abah baik,sangat penyayang ,amek berat and stay handsome ^^ hari ni call abah mengadu stress banyak esaiment dan macam biasa abah tak pernah penat bagi semangat . selalu bagi kata kata positive even dalam perhubungan sekali pun . abah bagi nasihat supaya mahal dengan lelaki sebab lelaki yang betul betul sayang asha tu yang takkan abaikan asha. abah nasihat maybe nak jumpa lelaki macam abah ni susah ,tapi doa lah. aku pun terfikir jugak aku selalu jumpa orang yang salah.. aku akan jumpa ke lelaki yang betul betul sayang aku macam abah sayang aku? abah orangnya open minded,kena cara dia bukan jenis mengamuk tak tentu pasal..cerita pasal relationship ke pasal masalah pape ke . semua nak cerita..huu see how sporting my abah is. thanks for everything abah..kasih sayang yang tak pernah ada limit utk ma and anak anak abah. . ;)

Happy Bithday shoot to adik aku Mohd Saifullah Che Mazlan on 29 oct 2o14  yang ke 18 tahun ;)) moga berjaya dalam dunia interior architechture . jangan stress sangat and stay cool  .


 hehe .hadiah ade jee.tunggu kak icha balik okayy. 17 oct  Hai kelate ;)))

okayys. that's all . Goodnight


Saturday 11 October 2014

Hai Stalker !

Hai Stalkers sekalian .hehe assalamualaikum.
sebenarnya terlampau busy. such a hectic semester and i just follow the flow. kadang kadang rasa mampu kah aku ? tapi aku tutup mata buat buat steady rileks cool walaupun dalam hati ini asyik fikir susah nya sem ni. Bila aku pejam mata lagi fikir aku kat sini sebab aku jadi harapan mereka. jadi kebanggaan mereka dan aku perlu kuat demi mereka , abah ma adik adik untuk ubah masa depan keluarga walaupun aku masih samar samar dengan hala tuju masa depan aku sendiri. okay sekarang nak ceta roomate aku dari first year sampai lah sekarang dah second year masih orang yang sama .lily nama samaran nya. nama sebenar nor khalili ghazali. lily,kalau stalk belog asha.asha bersyukur ada roomate sebaik lily :) thanks .no word to describe how good she was to me. mana nak jumpa orang yang boleh terima kita seadanyaa? ada lagi ke ? ada tapi satu dalam seribu manusia. selama asha kenal lily ,lily memang super cool lah. yg sanggup terima perangai asha ni ,susah bangun tido sampai asyik stress kejut asha .hahaha perangai dari kecik asha ni memg taktaw bile nak berubah. kadang kadang garang.sorry lily kalau asha kadang kadang suka membebel macam mak nenek buat lily sakit hati ke tak pun asha ade time jadi garang. .tapi lily tetap rilekks ja. penah satu saat lily jaga asha time asha demam teruk , terharu sangat . serius. kadang kadang asha gurau kasar jangan amik hati yer .jangan post kat usm LC okayy. hahaha. lily ingat satu ja. asha sayang giler kat lily .asha bebel hari hari sebab asha caring kat lily ,risau kat lily ,asyik bebel suh makan sebab asha sayang laah. kalau asha x sayang ,asha xkan kisah lily okay ke tak ke. last word , thanks care for me :) next nak cerita sem ni aku busy ngn study ,subjek tough nyaa. optic,thermodynamics, differential equation and complex analysis ( ni paling scary ,seriuss tak tipu) ,electronics II ,vector . satu lagi lsp 402 . lepastu aritu tiga minggu berturut turut busy ngan demo silat. even penat gilaa training lepastu training lagi dan lagi tapi best serius best . lepastu berjalan pegi bukit bendera sambut bufdeyy lily ,pegi dalam enam orang syokk habes bejalan . serius sem ni banyak jugak aktiviti ngn kawan kawan bbq laa nanti ada dinner la. naik basikal round usm ramai ramai. stress stress pon jalan tetap jalan .hahaha , yang paling stress time experiment lepastu nak buat report.huu tough susah kott .dulu takpa la sample report senior punya ada. ada guide laa tapi sekarang takda dah bantuan tu bagai semua kena fikir perah otak sendiri . xoxo sedihhh :') tu smiley tangisan dalam kegembiraan tuu okayyy. hehehehe..


**********

hahaha penat tak baca post aku kali ni? sabar sabar tarik nafas .ada lagi nak cerita ni. aku memang jenis cakap banyak pon.sesapa yang xkenal aku mesti fed up ngan aku,maybe laa .hahaha dah mulut potpet pot pet tapi kalau aku takdak mood xyah harap aku nak cakap banyak lagi. hee okay sambung siket lagi .satu malam ni aku nangis terok gilaa ,muka aku masa tu xpayah tanya laa buruk kot .haha tapi takdak orang perasan pon aku nangis .aku malas nak ungkit cerita lama cuma kalau boleh teka sebab apa aku nangis terok teka laa yee .korang akan faham apa yang aku rasa kalau korang kat tempat aku. serius aku down gilaa weh serius . aku tak penah macam nii. sedih tahap apa susah aku nak describe. taw kenapa orang xperasan aku nangis? sebab aku memang suka nangis sorang sorang dalam gelap. dan saat tu aku kuatkan hati kuatkan diri .aku ingat kan diri sendiri ,,, aku ada Allah.. malam tu aku mimpi.jelas sangat cuma aku xnampak  jelass muka orang yang datang dalam mimpi aku tu. Dalam mimpi aku tuada seorang lelaki pegang erat tangan aku bawak aku berlari. aku bangun je aku ingat lagi.selalu kalau mimpi aku jarang la ingat .tapi aku pon tak tahu ape maksud di sebalik mimpi aku maybe mainan tidur aje kot. cuma aku berharap Allah akan temukan aku dengan someone yang betol betol ikhlas sayang aku. . sekarang hati aku memang dah penat nak percaya lelaki ,dah tertutup rapat tapi aku manusia biasa .aku yakin hati Allah yang pegang, akan terbuka satu saat nanti yang aku sendiri tak kan penah tahu bile. next, aku nak cakap aku ade kenal senior ni nama dyeorang saufi ngan yie. senior yang baik.thanks tisha sebab kenal kan senior tisha dua orang ni kat asha... moga ukhwah persahabatan terjalin kekal sampai ke jannnah :) last ni okay last .happy birthday to cikgu bm ,saufi , hari ni 11 oct yang ke 22 tahun..semoga dirahmatiNya dan moga jadi anak yang baik  berbakti untuk parents :) 


olrite cik Asha Marlisa nak sambung buat report dulu yer. bye Stalkers ^__^

Tuesday 16 September 2014

second year already.

Such a long time tak update belog. where to start ? hmm akhir bulan camtu laa final exam sem dua. then cuti laa lebih kurang dua bulan setengah. banyak benda manis pahit tawar masin jadi dalam hidup aku. semua jadi ada hikmah . balik beraya dapat together gether dengan family suatu benda yang paling best even sambut dengan sederhana tapi bagi aku ,aku cukup bertuah ada family kecik yg sangat  bahagia. penuh kasih sayang dan aku akui kadang kadang sifat kebudak budakkan aku buat aku mudah menangis. mudah dan terlalu mudah menangis..saat jatuh aku .saat aku rasa sedih teramat aku ada parents yg sentiasa bagi semangat,nasihatkan aku ,sentiasa doakan aku yang terbaik ,sentiasa doakan aku jadi yang terbaik.. dan salah aku terlampau banyak .aku lupa aku ada parents yang sayangkan aku.dari kecik mereka jaga aku dengan penuh kasih sayang..dan kawan kawan yang bagi support , yang ikhlas dengar luahan aku. thanks so much. dugaan Allah bagi sebenarnya ajar kita banyak benda walaupun hati ni terlalu rapuh ,terlalu lemah tapi aku perlu kuat. abah ma kekuatan aku , mereka tak pernah tak pedulikan aku. kadang kadang apa yang kita rasa tak mampu diungkapkan dengan kata kata,betapa sakitnya Allah yang tahu. Memaafkan bukan benda yang mudah sebab tu laa hati masih rasa sakit .thanks for show me the true colour of you. selama ni ya aku silap . terlalu mencintai orang yang tak sepatutnya aku cintai . hargai orang yang tak sepatutnya aku hargai.aku percaya Allah Maha Adil.merawat hati yang luka bukan benda mudah tapi aku percaya aku mampu . perempuan mampu senyum walau terluka ,mampu tahan walau perit, mampu bahagia walau hakikatnya kecewa , selalu berpura pura kuat  walaupun kadang kadang dia dah terlalu penat ! back to the topic. okay dah jadi budak second year dah. doakan  saya agar mampu memperbaiki diri hari demi hari. mampu berusaha gigih dan sentiasa ingat tanggungjawab sebagai seorang siswi ;) lagi dua tahun belajar. keep calm and love physics .



#appreciate benda yang senang orang luah tapi tak semua orang  mampu lakukan dan buktikan dengan perbuatan. if you cannot do it, never say such a hipocrite word ! mungkin luka yang kita dapat berbeza, dengan cara berbeza dan sakitnya pun berbeza ,parutnya berbeza tapi pengakhirannya sama. kembali pada Pencipta. sesungguhnya Dia beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu..

********
Allah adalah sebaik baik pengatur. Hikmah pasti ada di lorong lorong ujian ;)

Wednesday 18 June 2014

throwback ^___^

such a busy dayyy. xsempat sangat nak meng-update belog kesayangan.. wanna to share this little experience during PADU (pantun antara desasiswa universiti) bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian.. first time jadi jurupantun ..alahaii kena berpantun dengan sopan santun gitu.hakhakhak. . :p yang penting pengalaman .. just 3 days being there and the most important thing sempat lagi balek umah .. kehkehkeh.. bahagia gilaa walaupun sekejap.. program ni salah satu pengalaman sepanjang join mpd sebagai pembantu exco akademik.. hehehhee.. dapat stay kat hostel mewahh kott. . huuhu aku rasa budak medic je kot mampu nak bayar yuran hostel tuuu *____* paling penting sambil menyelam minum ayaq .kata orang penang.katanyaa.. boleyy jumpa ngan kawan masa matrik dulu ,hani namanya.. pertemuan singkat aje but it's okayy..okayy bagi gambar berbicara pulak ok...



*
*

*
*

*
*

*
*

*
*
*
*

*
*
*

*
*

*
*

*
*
*
*

*
*

*
*

*
*

*
*



No Caption Available. Happy Mood.Happy Time..(: