Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Thursday 31 October 2013

Ada apa dengan cinta?

Menyelak lembaran cinta. . .
Tidak sesempurna Cinta Muhammad pada umatnya
Persis sinar mentari pagi. .
Ditemani semangat dan cinta khatijah. . 
Cekal dirimu menyebar dakwah. .
Tika najis menyentuh jasad. .
Tulus kau berdoa agar hidayah memayungi umat . .
Dalam dakapan penghujung nyawa. .
Lafaz ummati diakhiri bicara.
Deraian air mata membasahi bumi.
Tika khabar dirimu dijemput illahi.
Tidak setanding hebat cintamu.
Acuan agung yang maha Esa.. .
Walau jasad tidak pernah bertemu.
Selawat dan salam akan sentiasa berlagu.
Meniti hidup dalam sunnahmu.
Tanda cinta kasih dari ummatmu (:

Dari Anas r.a Nabi s.a.w sabdanya : '' Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman, pertama Hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintai mengatasi selain kedua keduanya, kedua. Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. ketiga , Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci utuk dicampakkan ke dalam neraka'' -Hadis sahih riwayat Bukhari-

No comments:

Post a Comment