Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Friday 27 February 2015

masa lalu

Kepada Masa Lalu,
Apa khabar? Pastinya berada dalam keadaan tertinggal di belakang, dan sering mahu dilupakan. Maaf kerana jarang menziarahimu, kerana aku sibuk memesrai Masa Hadapan. sepertinya orang lain, aku dengan begitu terdesak ingin melupakan kamu. Kamu, adalah sesuatu yang aku tidak perlukan, hampir setiap hari. Kamu pasti tahu, kamu banyak musuh, kan? Musuh-musuh kamu adalah mereka yang ingin menjadi lebih baik, mereka yang ingin maju, mereka yang patah hati, mereka yang gagal. aku, adalah sebahagian daripada mereka.

Kamu tahu, hampir setiap saat aku hampir memaki kamu, kerana apa yang telah terjadi pada saat-saat yang telah berlalu. Tapi hari ini, tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Kamu, Masa Lalu, bukanlah sesuatu yang teruk sebenarnya. Sungguh. Hampir aku menangis kerana menyesali perbuatan aku, mengutuk, menyumpah dan menyalahkan kamu atas segala kegagalan aku. aku lupa, yang bersalah itu aku, bukan kamu.

kini aku berasa hendak memeluk kamu. Kenapa? Sebab tanpa kamu, mana bisa aku jadi seperti sekarang. Tanpa kamu, mana bisa aku menjadi lebih baik. Kerana adanya kamu, Masa Lalu, kamu mengajar aku menjadi dewasa, mengajar aku makna rasa, mengajar aku mengenal diri, mengajar aku tentang keputusan, dan banyak lagi.

Hampir-hampir aku melupakan kebaikan kamu wahai Masa Lalu, tatkala hati aku  dimamah penyesalan. Kini,aku menulis kerana mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih atas segala pengajaran, sungguh pun ia datang begitu lewat. Sungguh, terima kasih.


tak mungkin aku melupakan kamu ketika masih hidup. Kerana kenangan, tarikh luputnya sepanjang hayat. Selagi hidup, selagi itu aku akan terikat dengan kamu. Pun begitu, aku tak boleh selalu menziarahi kamu, bimbang aku terlepas sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Moga kamu tetap di tempatmu, agar sesekali aku ingin berbicara tentang penyesalan dan hikmah, kamu selalu ada untuk mendengar dan memberi tunjuk ajar. Jumpa lagi nanti.

No comments:

Post a Comment