Blogger Templates
Cute Pink Kaoani


Thursday 26 February 2015

fake smile.

Ketika burung hidup , semut adalah makanannya tetapi apabila burung mati semut pula memakannya. sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis tetapi hanya perlu sebatang mancis untuk membakar sebatang pokok. "kamu mungkin berkuasa hari ini tetapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu " terlalu cepat masa berlalu tanpa sedar dan untuk melihat ke hadapan mahupun ke belakang ,semuanya perlukan masa. kembali kepada tajuk post kali ni aku perlukan masa lagi untuk ukir senyuman yang tak palsu kerana diri ini terlalu risau apa yang akan terjadi nanti , pura pura berlagak biasa tapi hakikatnya aku risau takut semuanya dalam satu. minggu pertama semester empat kelas tak start lagi so aku ada masa nak update sebab tak tahu nak buat apa , bukak fesbuk bosan twitter pun bosan insta lagi lah bosan, dan aku pun rasa aku tak ada mood nak menghadap semua benda alah ni. aku cuba positif apa yang terjadi ni satu ujian walaupun aku tak tahu tabahkah aku ? kuat ke aku hadapi ujian ni .jadual aku sem ni pun tak pack sangat so aku ada banyak masa nak struggle subjek teras , quantum mechanics ngan statistical mechanics. macam biasa benda yang aku selalu  dengar dari lecturer ngan senior subjek ni susah ,berat hmm nak buat macam mana takkanlah nak drop semua teras pulak kan. sekarang aku cuma perlu sabar banyak banyak ,tak boleh mengalah walaupun aku rasa nak nangis sebab aku sedar hidup ni tak mudah . hari ni pegi kelas statistical tapi kelas cancel sebab lecturer tak datang ,then teman yana pegi pusat ko k sambil tunggu anis habis meeting ngan geng major dia . yana cakap memang susah tapi satu je jangan give up nak bangun balik ,kena kuat .anis pulak tanya aku kenapa sha kau nampak kurus , hahaha aku tak taw nak kasi jawapan apa so aku kata aku stress je hmm . then lepak kedai mamak subaidah makan roti canai sebab depa ni kata rindu nak makan roti canai pastu balik desa anis datang bilik borak panjang gila pasal macam macam sambil dia kasi ceta baymax ,sampai lily pelik aikk xabes lagi borak dari dia duk layan movie hantoo sampai lah tertido bangun balik nak pegi kelas xabes lagi borak,hahaha banyak benda duk meluahkan perasaan ngan anis  . esok takda kelas so aku mereput lagi dalam bilik ni hmm .


''Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one with all the facts" - Albert Einstein

okayy rasa macam tak ada apa dah nak ceta . okayy byeeee. ^^

No comments:

Post a Comment